Panasnya Hari Ini

Mahathir Tempelak Naib Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan saranan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun agar kerajaan menghentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai satu bentuk rasuah.

Ujarnya, beliau menerima sekiranya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada yayasan itu termasuk penggajian kakitangan kerana ia adalah hak kerajaan.

“Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Belum pun dapat kuasa, kebengisan dan ‘corruption of power’ sudah ditunjuk.

“Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurangkan kritikan terhadap pemberi.

“Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan, kedua-duanya adalah rasuah,”katanya menerusi blog beliau, chedet.cc.

Jelas Tun Mahathir lagi, rakyat di negara ini juga tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa, negara akan melihat suapan dan rampasan oleh kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.

“Ini jelas kerana hari ini, pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan (Datuk Seri) Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.

“Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

“Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan. Hanya saya sedih memikirkan masa depan negara tercinta ini,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");