Berita Hari Ini

Majlis Bandaraya Ipoh Perjelas Isu Sari

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penjelasan mengenai isu kakitangannya tidak dibenarkan memakai sari pada perhimpunan khas Aidilfitri pada 1 Julai depan.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MBI memberitahu bahawa terdapat salah tafsiran mengenai kod pakaian dalam jemputan yang dihantar kepada kakitangannya.

“Kekeliruan itu telah menyebabkan salah faham.

“Apabila ia berkata ‘kecuali sari’, ia bermaksud kakitangan boleh memakai pakaian sari yang bersesuaian dan mereka yang bekerja di lapangan boleh memilih untuk memakai sari, baju kerja atau apa sahaja yang bersuaian untuk majlis itu,” menurut MBI.

Satu salinan jemputan yang tersebar di media sosial menimbulkan kemarahan netizen dengan kebanyakan mereka mendakwa MBI bersikap diskriminasi.

Kod pakaian di dalam jemputan itu menyatakan bahawa mereka yang berbangsa Melayu perlu memakai ‘pakaian kebangsaan’ manakala pemakaian bagi bangsa Cina, Inda dan lain-lain adalah ‘baju perayaan masing-masing kecuali sari’.

Bagaimanapun, menurut MBI, ia tidak pernah berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

“Kami tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, terutama dalam bulan Ramadan di mana mereka yang beragama Islam dan bukan Islam digalakkan untuk menghormati dan memaafkan antara satu sama lain.

“Oleh itu, kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");