Isu Panas

Manifesto Amanah dikenali Suara Wakil Kuale

KUALA KANGSAR – Calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli membentangkan manifesto mengandungi lima tuntutan kepada kerajaan yang digelar sebagai Suara Wakil Kuale.

Menurutnya, beliau akan memastikan BN selaku kerajaan memerintah melaksanakan janji seperti pembinaan jambatan Manong, penaiktarafan hospital dan peningkatan kemudahan awam selaras dengan status Bandar Diraja.

“Saya juga akan memastikan berlakunya peningkatan peluang pekerjaan melalui pengembangan industri asas tani, industri persisiran sungai dan industri pelancongan.

“Banyak industri yang boleh dibangunkan di sini untuk memperkenalkan Kuala Kangsar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Amanah Perak, Salman Saleh.

Ahmad Termizi berkata, pihaknya juga akan mendesak kerajaan supaya membina laluan keluar-masuk tol lebuh raya di Manong bagi memberi kemudahan kepada penduduk selain merancakkan pembangunan dan industri setempat.

“Kita berharap Lebuh raya Plus turut dimanfaatkan untuk penduduk sekitar Manong yang ketinggalan dalam pembangunan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menuntut kerajaan mewujudkan pusat latihan kemahiran di kawasan Manong untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

“Sekarang ini masih kurang peluang pekerjaan di Manong menyebabkan ramai orang muda keluar sini. Jadi kita mahu rakyat kekal di sini dengan kewujudan pusat itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");