Jenayah

Mayat lelaki Myanmar ditemui terapung

HUTAN MELINTANG – Mayat dipercayai seorang warganegara Myanmar ditemui terapung di Sungai Bernam berhampiran pelantar ikan Hup Soon Sheng Fishery di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kyaw Moe, 34, dikatakan bekerja sebagai nelayan ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Hutan Melintang jam 9.55 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Yahaya Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa mayat berkenaan terapung di dalam sungai di tepi pelantar.

“Tujuh anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian pada jam 10.35 pagi dan siasatan awal mendapati satu mayat terapung dipermukaan air dalam keadaan terlangkup.

“Mayat tersebut berada bersebelahan pelantar ikan Hup Soon Sheng Fishery lebih kurang lima meter dari tebing Sungai Bernam,” katanya melalui satu kenyataan kepada pemberita.

Yahaya berkata, dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, mayat berkenaan berjaya dibawa ke tebing.

“Hasil pemeriksaan badan kita mendapati mangsa hanya memakai sarung warna gelap tanpa baju dan tiada sebarang kecederaan dikesan serta tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Setakat ini tiada saksi yang tampil memberi maklumat, namun mengikut seorang wanita Myanmar dikenali sebagai Mariam berkata mangsa dikenali sebagai Kyaw Moe berusia 34 tahun dan bekerja sebagai nelayan,” katanya.

Tambahnya, wanita berkenaan juga memaklumkan mangsa masih bujang dan baru tiga bulan tiba di Hutan Melintang.

“Mayat di bawa ke Hospital Teluk Intan dan hasil bedah siasat jam 3.30 petang semalam mendapati mangsa mati akibat lemas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");