Berita Hari Ini

MB Terengganu minta penyebaran berita palsu dihentikan

KUALA NERUS: Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman meminta pihak yang menyebarkan berita palsu berkaitan dirinya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata, penyebaran berita menerusi aplikasi WhatApps, semalam yang bertajuk ‘Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu’ yang kononnya ditulis oleh wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), adalah palsu.

“Berita berkenaan sudah dinafikan oleh BERNAMA, jadi ia sudah dianggap selesai.

“Malah, saya anggap fitnah sebegini adalah perkara biasa dalam dunia politik yang dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan kestabilan politik di negeri ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penutupan Kembara Muda Rakyat Kali Ke-3 2016, anjuran Yayasan Bank Rakyat di Kampung Teluk Ketapang, di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Abdul Rahman Kasim dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.

Sementara itu, Ahmad Razif berharap rakyat terutama pengguna laman sosial tidak mudah terpengaruh dengan berita berkenaan.

Katanya, apa yang penting sekarang, sebagai Menteri Besar, beliau perlu terus maju dan menjalankan gerak kerja membangunkan negeri ini demi memastikan rakyat mendapat manfaatnya.

“Saya difahamkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuat siasatan mengenai perkara ini,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");