Berita Hari Ini

Menantu Ahmad Zahid meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia sebentar tadi.

Beliau difahamkan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan gigi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan.

Jenazah kini masih berada di PPUM dan akan dibawa ke Surau An Nur Country Heights, Kajang malam ini.

Ahmad Zahid yang berada di Osaka, Jepun untuk lawatan kerja lima hari bermula Ahad dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Syed Alman, 44 tahun, merupakan suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah.

Beliau merupakan pengasas syarikat teknologi maklumat, i-Gen Technology, selain Pengerusi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Gerakan Belia 4B Shah Alam.-Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");