Berita Hari Ini

Mosti komersial 71 lagi produk baharu

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan mengkomersilkan 71 lagi produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu menjelang akhir tahun ini.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, setakat Jun ini, sebanyak 74 produk berjaya dikomersilkan, selaras dengan pengisytiharan 2016 sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia (MCY).

“Produk yang dikomersilkan ini akan menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) khas sempena Tahun Pengkomersilan Malaysia 2016 (MCY 2016),” katanya kepada Bernama pada Majlis Iftar bersama Ketua Setiausaha Mosti di Wisma Bernama, semalam.

Noorul Ainur berkata kementerian itu turut meletakkan sasaran mencapai 360 produk baharu hasil R&D itu yang setanding dengan produk luar negara untuk dikomersilkan menjelang 2020.

Antara produk R&D baharu itu adalah berkaitan dengan elektronik dan produk berasaskan sains dan teknologi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");