Perak Hari Ini

MRSM Untuk Anak Polis Bakal Dibina Di Perak

KUALA KANGSAR: Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal dibina di negeri Perak.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini, hari ini.

Ujarnya, pembinaan MRSM itu yang akan dilaksanakan pada tahun ini bakal memberikan manfaat kepada anak-anak polis di seluruh negara.

“Kita tahu bahawa anak-anak polis juga memerlukan sebuah sekolah berasrama penuh.

“Saya umumkan sebuah MRSM khusus untuk anak-anak polis yang akan dibina tahun ini juga di negeri Perak,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya telah pun mengenalpasti lokasi untuk pembinaan MRSM berkenaan.

“Telah diputuskan dimana kawasannya, telah dibeli tanah itu dan tender akan keluar selewat-lewatnya akhir bulan ini.

“Tempat itu akan diumumkan oleh ahli parlimen di kawasan berkenaan kelak,” katanya lagi.

Beliau berkata, pembinaan MRSM tersebut merupakan yang kedua selepas MRSM PDRM di Kulim, Kedah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");