Berita Hari Ini

Mufti gesa masyarakat bukan Islam fahami RUU

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menggesa masyarakat bukan Islam memahami kandungan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebelum membuat kritikan.

Menurutnya, pembentangan itu tiada kaitan langsung dengan perlaksanaan hudud sebaliknya ia lebih kepada pemerkasaan undang-undang syariah khususnya hukum takzir.

“Saya nasihatkan masyarakat bukan Islam kaji RUU ini, dari sudut Islam, sepatutnya ia sudah lama dibuat bagi meningkatkan keperluan undang-undang Islam,”katanya ketika ditemui selepas sidang Dun, hari ini.

Beliau berkata, RUU sudah menjadi polimik politik pihak-pihak tertentu sehingga menjadi bahan perdebatan.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata, isu tersebut telah disalah tafsir lebih-lebih mereka yang anti hudud.

“Mereka (orang bukan Islam) takut seolah-oleh hudud makin dekat, ini sikap anti hudud, RUU ini tiada kaitan dengan hudud,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");