Panasnya Hari Ini

Mukhriz tiada ‘local standi’ Ulas Mengenai UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mempunyai ‘local Standi’ untuk mengulas perkara berkaitan UMNO.

“Saya rasa apabila dia (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) tidak lagi ahli, dia tiada local standi untuk mengulas perkara dalam Umno. Soal hubungan Umno dengan Pas, biarlah parti itu sendiri tentukan,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Ujarnya lagi, perihal tersebut adalah adalah mengenai Umno dan Pas, jadi seeloknya kedua-dua parti itu yang menentukannya.

“Buat masa ini, Mukhriz bukan Pas dan dia juga bukan Umno. Dia tiada local standy untuk beri apa-apa komen.

“Pandangan dia (Mukhriz) juga tidak memberikan apa-apa kesan kepada kita (Umno),” katanya semasa diminta mengulas dakwaan Mukhriz berhubung perjanjian Umno-Pas membabitkan pertukaran di antara Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dalam dakwaan yang dibuat selepas pemecatannya dalam Umno kelmarin, Mukhriz dikatakan mencurigai perjanjian itu yang membawa Pas dan Umno bersama-sama berdasarkan apa yang Mukhriz lihat, yang mana Kelantan, Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada Pas.

Tegasnya lagi, perkara yang pasti adalah Umno dan Pas mempunyai pucuk pimpinan bertanggungjawab kepada parti untuk menentukan hala tuju masing-masing.

“Kita tidak menolak apa-apa bentuk kerjasama yang membawa kebaikan untuk umat, agama dan perjuangan, maka tiada apa-apa batasan atau sekatan.

“Dengan kata lain, kalau kerjasama antara Umno dan Pas itu baik bagi perjuangan dan kepentingan agama, bangsa serta negara, saya doakan antara Umno dan Pas akan ada kerjasama,” katanya.

Tambahnya lagi, apabila ada kerjasama, ia bukan bermaksud Pas masuk Umno atau Umno masuk Pas, juga bukan bermaksud Pas masuk BN, sebaliknya kerjasama boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk.

“Kerjasama ini adalah syariat diarahkan kepada kita oleh agama, jadi kita tidak boleh memutuskan langsung hubungan, tidak boleh bersikap fanatik, apa lagi menyentuh orang awam, kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Pucuk pimpinan parti mestilah mengembalikan kepada apa yang diarahkan, mengutamakan persaudaraan Islam iaitu menjadi kewajipan.

“Selama mana Pas berjuang untuk agama dan Umno juga berjuang untuk agama, atas hal perjuangan agama, kita mesti mengutamakan kepentingan bersama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");