Isu Panas

Mukhriz tiada local standi

KOTA BHARU – “Saya rasa apabila dia (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) tidak lagi ahli, dia tiada local standi untuk mengulas perkara dalam Umno. Soal hubungan Umno dengan Pas, biarlah parti itu sendiri tentukan,” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, soal itu adalah soal Umno dan Pas, jadi biarlah kedua-dua parti itu yang akan menentukannya.

“Buat masa ini, Mukhriz bukan Pas dan dia juga bukan Umno. Dia tiada local standy untuk beri apa-apa komen.

“Pandangan dia (Mukhriz) juga tidak memberikan apa-apa kesan kepada kita (Umno),” katanya semasa diminta mengulas dakwaan Mukhriz berhubung perjanjian Umno-Pas membabitkan pertukaran di antara Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dalam dakwaan yang dibuat selepas pemecatannya dalam Umno kelmarin, Mukhriz dikatakan mencurigai perjanjian itu yang membawa Pas dan Umno bersama-sama berdasarkan apa yang Mukhriz lihat, yang mana Kelantan, Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada Pas.

Annuar berkata, yang pasti Umno dan Pas mempunyai pucuk pimpinan bertanggungjawab kepada parti untuk menentukan hala tuju masing-masing.

“Kita tidak menolak apa-apa bentuk kerjasama yang membawa kebaikan untuk umat, agama dan perjuangan, maka tiada apa-apa batasan atau sekatan.

“Dengan kata lain, kalau kerjasama antara Umno dan Pas itu baik bagi perjuangan dan kepentingan agama, bangsa serta negara, saya doakan antara Umno dan Pas akan ada kerjasama,” katanya.

Beliau berkata, apabila ada kerjasama, ia bukan bermaksud Pas masuk Umno atau Umno masuk Pas, juga bukan bermaksud Pas masuk BN, sebaliknya kerjasama boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk.

“Kerjasama ini adalah syariat diarahkan kepada kita oleh agama, jadi kita tidak boleh memutuskan langsung hubungan, tidak boleh bersikap fanatik, apa lagi menyentuh orang awam, kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Pucuk pimpinan parti mestilah mengembalikan kepada apa yang diarahkan, mengutamakan persaudaraan Islam iaitu menjadi kewajipan.

“Selama mana Pas berjuang untuk agama dan Umno juga berjuang untuk agama, atas hal perjuangan agama, kita mesti mengutamakan kepentingan bersama,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");