Perak Hari Ini

MyBas Beri Kemudahan Kepada Rakyat

IPOH : Perkhidmatan MyBas menerusi projek Stage Bus Service Transformation (SBST) mampu memberikan perkhidmatan bas kepada penduduk di kawasan bandar terutamanya di ibu negeri di Semenanjung Malaysia.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata, kerajaan telah memberikan SBST peruntukan yang bukannya berasaskan kepada jumlah penumpang, tetapi kepada kilometer.

“Kalau ikut keuntungan, memang tidak ada syarikat yang akan menjalankan perkhidmatan ini. Oleh itu, kerajaan telah memberikan peruntukan untuk membayar syarikat-syarikat yang memberikan perkhidmatan ini berasaskan bukan kepada jumlah penumpang, tetapi kilometer.

PERAKTODAY5

“Dengan itu, ia membolehkan syarikat memberikan perkhidmatan bas dengan kadar yang lebih memadai,”ujarnya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan rasmi MyBas Ipoh, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau tidak melepaskan peluang untuk turut merasai menaiki bas daripada Stesen Bas Ipoh (Medan Kidd ) ke Terminal Amanjaya, Ipoh.

Ujarnya, pada ketika ini, peruntukan daripada kerajaan membolehkan SPAD melaksanakan perkhidmatan MyBas berkenaan di lima buah negeri iaitu Perlis (Kangar), Perak (Ipoh), Negeri Sembilan (Seremban), Terengganu (Kuala Terengganu) dan Johor (Iskandar).

PERAKTODAY

“Kerajaan telah memperuntukan RM100 juta untuk melaksanakan projek SBST ini dan bagi Ipoh sahaja, sebanyak RM13.3 juta diperuntukan.

“Jika kita ingin melaksanakan di semua negeri, ianya memerlukan peruntukan sekitar RM200 juta,”ujarnya.

Ujarnya lagi, bagi negeri Perak, terutamanya di Ipoh, ianya meliputi jarak perjalanan sejauh 312 kilometer berbanding sebelum ini iaitu 132 kilometer.

PERAKTODAY1

“Sebanyak 12 jalan utama dan tujuh jalan pengantara akan dilalui oleh perkhidmatan MyBas ini dan kadar tambang masih sama,” katanya.

Bagi Fasa 1 perkhidmatan MyBas ini, ianya meliputi Stesen Bas Ipoh –Terminal Amanjaya, Stesen Bas Ipoh – Chemor (melalui Terminal Amanjaya), Stesen Bas Ipoh –RTC Gopeng dan Terminal Amanjaya –Stesen Bas Ipoh (melalui Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah) dan dua laluan pengantara iaitu Pekan Lama Ipoh serta Bandaraya Ipoh – Jusco Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");