Isu Panas

Nik Abduh Tegaskan Kecintaan Ulama Jangan Sampai Melampau

KOTA BARU: Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli parti Islam itu bahawa kecintaan kepada ulama perlu berpada-pada bagi mengelak sikap melampau.

Beliau sendiri pernah mengingatkan penyokong ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya supaya tidak keterlaluan menunjukkan sokongan kepada Mursyidul Am parti itu.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat bagi kumpulan penyokong yang meninggalkan PAS selepas bekas Menteri Besar Kelantan itu meninggal dunia.

“Lihatlah orang-orang yang keluar dari PAS, semuanya memuja tok guru. Sikit-sikit Tok Guru Nik Aziz, sikit-sikit Tok Guru Nik Aziz.

“Bila Tok Guru Nik Aziz dah tak ada, ramai yang meracau dalam perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Nik Abduh berpesan supaya anggota parti beristiqamah dalam memberikan sokongan kepada ulama.

“Mencintai tok guru itu adalah sunnah, ibadah. Tetapi tok guru itu dihormati diangkat oleh Allah kerana dia di jalan perjuangan yang lurus ini,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, menyokong ulama perlu selari dengan perjuangan berlandaskan Islam.

“Kalau kita hormat pada tubuh tetapi tak hormat pada perjuangan, kita telah salah daripada ajaran Nabi Muhammad.

“Lihatlah mana-mana tok guru yang tergelincir dari perjuangan, dia tidak lagi dihormati,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");