Membawang Hari Ini

Nina bergelar penyampai radio

Selepas hampir dua tahun menyepi dari bidang lakonan, Siti Fazurina kini bergelar penyampai radio di Wanita4u.FM sejak semalam.

Siti Fazurina, 34, yang mesra disapa Nina berkata, dia bangga apabila diberikan kepercayaan menjadi salah seorang penyampai radio di stesen radio berkenaan.

“Saya gembira kerana turut mendapat sokongan keluarga, rakan serta suami tersayang yang sentiasa memberikan semangat dan kata-kata perangsang.

“Saya juga seorang yang tidak pernah duduk diam kerana sentiasa mencari peluang dan ruang terbaik dalam karier seni selain turut mendapat tawaran menjadi jurucakap produk kecantikan,” katanya.

Nina berkata, walaupun jarang ada kisah mengenainya di media, tetapi jiwanya tidak pernah ada rasa hilang atau berubah dan masih merindui bidang lakonan.

Katanya, ada beberapa tawaran diterima dan dia dijangka kembali berlakon dalam masa terdekat ini.

“Saya memang merancang membuat ‘comeback’ tetapi sibuk dengan tugas lain dan perniagaan,” katanya yang juga sibuk mengusahakan perniagaan pakaian Muslimah dan spa.

Menurutnya, peluang perniagaan yang diperoleh adalah hasil usaha gigih yang dilakukan selama ini.

Baginya, inilah masa terbaik untuk dia membuat persediaan masa depan sekiranya tidak lagi berlakon selepas ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");