Perak Hari Ini

Pacak Papan Provokasi Terhadap PAS, Tindakan ‘Bacul’

KUALA KANGSAR: PAS mencabar pihak yang terlibat memacak papan iklan (billboard) yang mengandungi provokasi terhadap PAS semalam tampil membuat tuduhan terbuka kepada parti itu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pihak terlibat tampil secara terbuka bagi membolehkan PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Terdahulu terdapat tiga  papan iklan provokasi terhadap PAS telah diturunkan setelah diletakkan di sekitar bandar Kuala Kangsar semalam.

“Papan iklan tersebut telah menuduh PAS sedang berusaha untuk bergabung dengan UMNO, malah turut bersekongkol dengan Skandal 1MDB yang membabitkan dana sebanyak RM 4.2 billion.

“Dengan tegasnya, PAS menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi,” katanya menerusi satu sidang media di sini hari ini.

Tegasnya lagi PAS menyertai PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk bertentangan melawan UMNO yang menjadi tunjang Kerajaan Malaysia hari ini.

“Penentangan PAS turut membabitkan kegagalan UMNO dalam menguruskan dana dan harta negara, termasuklah isu yang melibatkan 1MDB.

“Logik akal boleh berfikir jika waras tidak sepatutnya berfikir sedemikian,” katanya lagi.

Beliau menegaskan PAS selama ini meminta agar dilakukan siasatan terhadap isu melibatkan 1MDB malah Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS juga telah mendesak diwujudkan Suruhanjaya DiRaja untuk siasatan tersebut.

“Tindakan pihak-pihak tertentu yang ‘baling batu sembunyi tangan’, memacak papan iklan yang cuba membabitkan PAS bersekongkol dengan skandal ini, adalah tindakan yang bacul,” katanya lagi.

PAS juga meminta pihak yang berwajib termasuk PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");