Perak Hari Ini

PAFA Setuju Lantik Weigang

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah bersetuju melantik Karl Heinz Weigang sebagai Ketua Jurulatih dan Ketua Pengarah Teknikal persatuan tersebut.

Menurut Presiden PAFA,Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, kontrak perlantikan telah ditandatangani antara kedua belah pihak pada 25 Mei 2016, Rabu lalu.

“Beliau adalah personaliti yang tidak asing lagi dalam kancah bolasepak Malaysia dan negeri Perak dengan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang Pengurusan dan Kejurulatihan bolasepak.

“Karl Heinz Weigang bertanggungjawab untuk mengendalikan Pasukan Liga Super Perak sebagai Ketua Jurulatih dan akan di bantu oleh Syamsul Mohd. Saad.

“Disamping itu beliau akan menyelia kejurulatihan Piala Presiden, Piala Belia dan menyediakan Program Pembangunan Kejurulatihan untuk PAFA,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Tambahnya lagi, perlantikan dan peranan Karl Heinz Weigang adalah bersesuaian dengan Perancangan Tiga Tahun Pembangunan Bolasepak Negeri Perak yang telah ditetapkan oleh PAFA.

“Syamsul Mohd. Saad akan kekal di dalam Pasukan Liga Super Perak sebagai Penolong Jurulatih.

“PAFA mempunyai perancangan masa depan untuk Syamsul Mohd. Saad dan semua jurulatih bolasepak di bawah naungan PAFA dengan menetapkan sasaran pemerolehan Lesen AFC Pro A, FAM/AFC ‘A’ dan ‘B’ sebelum tahun 2018 bagi mematuhi syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkaitan Penswastaan Liga Super Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

Jelasnya lagi, PAFA turut berharap agar perlantikan Karl Heinz Weigang dapat membentuk dan memberi ilmu serta pengalaman di dalam sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi termasuk pendedahan kursus kejurulatihan di luar negara kepada semua jurulatih bolasepak yang bernaung di bawah PAFA.

“PAFA percaya gandingan Karl Heinz Weigang sebagai Ketua Jurulatih dan jurulatih – jurulatih lain dapat memantapkan kekuatan dan prestasi Pasukan Bolasepak Perak ‘The Bos Gaurus’ di dalam saingan baki Liga Super 2016, TM Piala Malaysia 2016, Piala Presiden dan Piala Belia 2016,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");