Panasnya Hari Ini

PAS Hilang 200,000 Ahli

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa jumlah ahli parti itu kini berkurangan sebanyak 200,000 orang daripada sejuta ahli.

Ujarnya, jumlah itu berkurangan disebabkan oleh terdapat ahli PAS yang meninggal dunia dan juga keluar dari parti.

Takiyuddin berkata, PAS pernah mencecah jumlah sejuta ahli sebelum ini dengan anugerah khas diberikan kepada ketua cawangan Tumpat selepas ahli ke-sejuta mendaftar di cawangan itu.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini juga pernah mengumumkan di laman media sosial Facebooknya bahawa parti Islam itu mempunyai 1,000,300 ahli pada Mac 2015.

Takiyuddin berkata, rekod terkini keahlian PAS adalah sekitar 800,000 orang selepas parti itu melakukan proses kemaskini.

“Kita kena telus. Sesetengahnya meninggalkan parti, dan ada yang meninggal dunia,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Namun begitu, beliau berkata, PAS kini dalam proses untuk menambah jumlah ahli dengan membuka lebih banyak cawangan.

Jelasnya, ia dijangka meningkat jika ahli sayap penyokong PAS dibenarkan menjadi ahli parti itu.

Pada ketika ini, keahlian PAS hanya dibuka kepada umat Islam tetapi kepimpinan parti sedang mengkaji semula peraturan berkenaan dimana ada kemungkinan bakal menyaksikan bukan Islam dibenarkan menjadi ahli PAS.

Sementara itu, Takiyuddin turut mengumumkan bahawa semua cawangan, bahagian PAS dengan jentera parti diwajibkan mendaftarkan inventori mereka.

“Ia perlu dilakukan bagi mengelak mereka yang sudah keluar PAS tidak mengambil aset parti bersama mereka ke parti baharu memandangkan kepimpinan PAS ada menerima aduan seumpama itu,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");