Panasnya Hari Ini

PAS Sedia Kerjasama Dengan Mana-Mana Pihak

KUALA LUMPUR:Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan umatnya dan ianya juga tidak terhad kepada kerjasama dengan Umno semata.

“Selagi kerjasama tersebut membawa manfaat untuk Islam, PAS sedia bekerjasama.

“Bukan hanya dengan Umno, malah semua yang ingin membawa kebaikan untuk umat Islam,” jelas Abdul Hadi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di Kelantan hari ini memetik sumber Astro Awani.

Beliau turut menegaskan wujud keperluan buat parti itu untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia malah kini sudah tiba masanya budaya politik lama ini diabaikan dan diganti dengan yang baharu.

“Kini, situasi politik negara membayangkan sama ada hitam atau putih.

“Kerajaan akan terus mempertahankan semua tindakannya dan pembangkang pula akan terus menerus membangkang semuanya, walaupun kadangkala tindakan yang diambil kerajaan adalah baik,” katanya.

“PAS ingin mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera demi kebaikan rakyat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");