Sukan Hari Ini

Pasukan pilihan Jerman, Belgium tepati ramalan

PASUKAN pilihan kejohanan, Jerman dan Belgium tepati ramalan mara ke peringkat suku akhir Euro 2016 setelah berjaya mengalahkan lawan masing-masing awal pagi tadi.

Jerman telah berjaya mengalahkan Slovakia 3-0 hasil jaringan Jerome Boateng, Mario Gomez dan Julian Draxler.

Manakala, Belgium pula berjaya mengalahkan Hungary 4-0 hasil jaringan Toby Alderweireld, Michy Batshuayi, Eden Hazard dan Yannick Ferreira Carrasco.

Dalam perlawanan ini, Hazard muncul permain terbaik perlawanan dengan satu hantaran dan satu jaringan.

Kemenangan Belgium dan Jerman ini menunjukkan pasukan pilihan masih berpeluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir.

Di peringkat suku akhir, Belgium akan menentang Wales manakala, Jerman akan menentang sama ada Itali atau Sepanyol.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");