Membawang Hari Ini

Pelakon Suraya Harun meninggal dunia

Kuala Lumpur: Pelakon filem Buluh Perindu pada era 1950-an yang juga bekas isteri kepada Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, Suraya Harun meninggal dunia di hospital di Brunei akibat barah, 5 pagi tadi.

Perkahwinan bekas bintang filem Cathay Keris Film Productions itu dengan Mustapha dikurniakan seorang anak perempuan, Suzlynna.

Suzlynna juga isteri kepada bekas penyanyi Flybaits, Fredo.

Selepas bercerai dengan Mustapha pada 1965, Suraya berkahwin dengan Pangeran Putera Negara Pangeran Omar dan terus menetap di Brunei hingga akhir hayatnya.

Fredo ketika dihubungi berkata, ibu mentuanya menghidap kanser tahap empat dan mula dirawat di hospital sejak empat bulan lalu.

“Isteri saya memang berada di sana menemani ibunya. Jenazah akan dikebumikan di Brunei hari ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");