Isu Panas

Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz untuk perkukuh parti

KEMAMAN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir oleh MT adalah usaha pemimpin parti untuk memperkukuhkan Umno.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, tindakan kedua-dua individu berkenaan yang dilihat condong menyokong pihak pembangkang menyebabkan rakyat marah sekali gus akan menjejaskan sokongan rakyat kepada parti.

“Ia ibarat macam perlawanan bola sepak Euro yang sedang berlangsung ketika ini. Jika ada pemain yang menyumbat gol sendiri atau memberi ruang kepada pihak lawan untuk menyumbat gol sudah pasti penyokong dan jurulatih akan marah dan sewajarnya pemain itu disingkirkan daripada pasukan.

“Begitu juga dalam politik. Sebagai parti yang kuat, seharusnya jika ada perbezaan (pendapat), ia perlu diselesaikan secara dalaman, bukan pergi duduk sekali dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan parti sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak penanaman jagung bijirin di Kampung Dadong, dekat sini, semalam.

Ahmad Shabery mengulas mengenai pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz oleh MT Umno

pada Jumaat lepas manakala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaan.

Ketika ditanya pemecatan itu mungkin akan menjejaskan sokongan terhadap Umno, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, pemimpin tertinggi parti mempunyai pengalaman menguruskan hal seumpama itu.

“Insya-ALLAH parti akan terus kuat. Ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini ada pihak berpandangan habislah Umno bila (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) keluar dari parti.

“Dan beliau pula dilihat duduk berkempen untuk pembangkang dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, ia bukan sahaja tidak memberi kesan, malah pembangkang kalah dan sokongan terhadap Barisan Nasional pula meningkat,” katanya.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");