Panasnya Hari Ini

Pemeriksaan Keselamatan Percuma Buat Pengguna PROTON

KUALA LUMPUR : PROTON Holdings Bhd (PROTON) sekali lagi meneruskan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma buat pelanggan-pelanggannya di stesen-stesen Petronas terpilih bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, inisiatif tersebut merupakan kerjasama antara PROTON dan Petronas selaras dengan kempen Petronas Coffee Break.

“Pemeriksaan keselamatan percuma ini sah dari 2 hingga 4 Julai 2016 bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

“Selaras dengan kempen Petronas Coffee Break yang telah diperluaskan ke lebih banyak stesen-stesen Petronas, wakil-wakil PROTON juga akan ditempatkan di 10 stesen yang berbeza di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan,”katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuaad berkata, pemeriksaan keselamatan 20 mata itu termasuklah pemeriksaan ke atas sistem brek, suspense, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minya enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah.

“Bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya ini, pemilik PROTON juga akan dibekalkan dengan beg cenderahati yang diisi kuih-muih dan air mineral sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diberikan,”ujarnya.

Antara stesen Petronas yang terpilih adalah seperti Stesen Petronas NKVE Subang dan Stesen Petronas Penchala Link (arah Damansara) bagi kawasan Pusat Bandar.

Bagi sebelah utara pula, stesen Petronas yang terpilih ialah Stesen Petronas Taman Nilam Sari, Sungai Petani, Stesen Petronas Bandar Anak Bukit, Alor Setar dan Stesesn Petronas Tok Kangar, Juru.

Manakala bagi kawasan selatan, stesen Petronas yang terpilih pula ialah Stesen Petronas Air Keroh 3, Peringgit dan Stesen Petronas Bakri 2, Muar.

Kawasan Pantai Timur pula melibatkan Stesen Petronas R&R Bentong, Stesen Petronas Gambang arah timur, Kuantan dan Stesen Petronas Taman Guchil Jaya, Kuala Krai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");