Berita Hari Ini

Penghadang Runtuhan Bernilai RM6 Juta Akan Dipasang Di Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Alat khas untuk menahan jatuhan batuan pada segmen bermasalah di trail ke puncak Gunung Kinabalu seperti yang digunakan di kawasan pergunungan Swiss Alps akan dipasang dalam masa setahun.

Menjelang ulang tahun pertama kejadian gempa bumi pada 6 Jun lalu, Isnin ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata alat itu akan memastikan keselamatan yang lebih baik kepada para pendaki.

Beliau berkata kumpulan pakar akan membantu membina penghadang runtuhan batu itu yang menelan kos kira-kira RM6 juta, sebagai sebahagian daripada usaha keselamatan yang diambil sejak gempa bumi yang telah mengorbankan 18 orang.

Beliau berkata terdapat banyak batuan longgar di kawasan Low’s Gully dan terdapat keperluan untuk membina penghadang bagi menghalang batuan yang runtuh semasa gegaran.

Bagaimanapun, beliau berkata kawasan ini tidak melibatkan trail Ranau yang telah dibuka semula pada Disember. Laluan kedua untuk ke puncak setinggi 4,095 meter itu, iaitu trail Kota Belud, dijangka siap bulan depan.

Masidi berkata segala usaha telah diambil untuk meningkatkan keselamatan pendaki, termasuk mengurangkan jumlah pendaki daripada 192 kepada 135 orang sehari dan meletakkan pasukan penyelamat kecemasan gunung.

Beliau berkata keyakinan pelancong bertambah baik dengan jumlah 17,274 orang, yang mana 55 peratus daripadanya adalah orang asing, mendaki gunung sejak pembukaan semula 1 Disember lalu.

“Kita boleh mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan tetapi alam semulajadi adalah alam semulajadi, ia mempunyai sifatnya sendiri,” katanya.

Masidi turut memaklumkan, satu majlis pelancaran monumen peringatan akan dilakukan di Taman Kinabalu pada 5 Jun ini sempena ulang tahun pertama tragedi gempa bumi.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");