Jenayah

Penyebaran My Kitab disiasat

SEREMBAN: Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Melaka / Negeri Sembilan sedang menyiasat penyebaran buku My Kitab di sekitar negeri ini terutama Senawang dan Seremban Jaya.

Pengarahnya, Mohd Shahril Harun berkata, pihaknya telah pun melakukan pemantauan di lokasi terbabit selepas menerima aduan berhubung buku berkenaan yang dikatakan diletakkan di bakul motosikal.

“Buku itu sepatutnya hanya untuk edaran penganut Kristian sahaja dan bukan secara terbuka. Perkara ini pernah berlaku di negeri lain termasuk Pulau Pinang tetapi masih terkawal.

‘Kita masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menerbitkan naskhah itu,” katanya di sini, semalam.

Mohd Shahril berkata, lazimnya buku terbabit diedarkan oleh pihak luar yang tidak tahu mengenai sensitiviti agama di negara ini.

Sejak Rabu lalu, buku berwarna hitam ditulis dalam bahasa Melayu itu diletakkan di dalam bakul motosikal orang ramai di negeri ini yang dikuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam.

Perkara itu menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen apabila ada individu yang memuat naik gambar buku berkenaan yang dikatakan kitab Bible.

Kebanyakannya berharap pihak berwajib menjalankan siasatan kerana beranggapan ia boleh mengelirukan pembaca beragama Islam dan menimbulkan salah faham.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");