Berita Hari Ini

Petani didedah teknologi baharu

ALOR SETAR – Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn Bhd yang juga anak syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), MADACorp memperkenalkan pelbagai input pertanian teknologi baharu kepada petani dalam membantu meningkatkan hasil dan kualiti.

Pengurus Besar Pemasaran MADACorp, Johari Zainol berkata, antaranya Benih Padi Rawat atau SeedGrowth keluaran Bayer Sdn. Bhd, yang diperkenalkan di kawasan Mada kerana keunikan dan keberkesanan produk itu dalam memberi pulangan hasil memuaskan.

“Syarikat mengeluarkan beg benih berwarna kekuningan untuk memberi perbezaan terhadap warna beg benih padi sah. Benih rawat juga merupakan benih sah yang membezakannya adalah benih rawat disalut berwarna merah yang mempunyai kekebalan sesetengah penyakit padi,” katanya.

Menurutnya, MADACorp turut memperkenalkan input pertanian terbaharu, GoGrowKitosan keluaran syarikat Enviro Clean Energy Sdn Bhd, dengan kapasiti pemprosesan sehingga dua tan sebulan.

“Produk dihasilkan bawah pengawasan dan usaha sama teknologi Agensi Nuklear Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah sebagai kolaborator penyelidikan. Produk ini dihasilkan dengan kawalan mutu yang tinggi dan memenuhi spesifikasi pasaran,” katanya.

Johari berkata, produk berkenaan berkesan untuk kegunaan pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan kebun.

“Usaha sama antara syarikat itu dengan MADACorp lebih bertumpu kepada membantu keberkesanan meningkatkan hasil benih padi sah yang dikeluarkan MADACorp untuk digunakan petani,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua produk terbabit dipamerkan pada Hari Peladang Penternak Nelayan Kedah (HPPNK) di Taman Jubli Emas, yang berakhir kelmarin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");