Isu Panas

‘Pinjam’ Kerusi Hanya Kiasan – Nik Abduh

KOTA BARU: Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan beliau mengenai kerusi yang “dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP hanya kiasan bagi merujuk kawasan yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya sebelum ini.

Beliau berkata, sebenarnya tiada istilah kerusi pilihan raya yang dipinjamkan kerana adalah menjadi hak parti politik untuk bertanding semua kawasan.

“Saya gunakan itu sebagai bahasa kiasan. Saya ‘salute’ dengan Anthony Loke, dia punya bahasa Melayu elok tetapi dia kena belajar bahasa kiasan.

“Maksud saya ialah kerusi yang PAS pernah bertanding, bermakna kita pernah bina kekuatan di sini, sama ada menang atau kalah.

“Kita juga pernah bertembung dengan DAP tiga penjuru dulu. Apabila kita tidak bertanding bermakna kita beri laluan kepada DAP atau PKR,” katanya pada sidang media di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, Rabu.

Pada Selasa, Nik Abduh dalam ucaptama Muktamar Pemuda PAS ke-57 berkata, pihaknya akan mengambil 1,001 langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS sekiranya parti itu bertanding di kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya umum yang lepas.

Susulan itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mempersoalkan kerusi mana yang dipinjamkan PAS kepada partinya sambil mendakwa Nik Abduh sebagai angkuh.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pihaknya mahu memikirkan tentang kekekuatan yang dibina oleh parti satu ketika dahulu tetapi ia masih dalam perbincangan.

“Kita tak ambil semua (kerusi). Itu dalam proses perbincangan di peringkat atasan.

“Saya hanya meminta PAS Pusat melihat kerusi-kerusi yang kita hendak bertanding sambil melihat kepada jentera yang ada di kawasan masing-masing,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");