Jenayah

Polis Johor cekup bomoh

Johor Bahru: Polis Johor menahan lelaki berusia 27 tahun berhubung kes penipuan membabitkan kerugian wang tunai dan barangan kemas bernilai RM700,000 dalam kejadian pada 2011.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmudin Mohd, berkata suspek ditahan di daerah ini bagi membantu siasatan berhubung.

Katanya, ini termasuk siasatan kegiatan lelaki itu memperdayakan mangsa dengan menyamar sebagai bomoh kononnya mampu membuang nasib malang.

“Polis tahan lelaki itu, hari ini (Sabtu). Kemungkinan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Johor Bahru, Isnin, dan jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda.

Suspek juga berdepan tuduhan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu kerana menggunakan nama Sultan Johor.

Berhubung kes menyamar bomoh, katanya, pada 9 April 2012, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Johor Bahru menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki.

Katanya, lelaki itu mendakwa pada 2011, dia menyerahkan wang dan barang kemas kepunyaan ahli keluarganya bernilai RM700,000 kepada suspek.

Suspek mendakwa dirinya bomoh dan boleh membantu pengadu dan ahli keluarganya menyelesaikan masalah dihadapi.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");