Panasnya Hari Ini

Politik Tanpa Berlandaskan Prinsip Islam Tidak Bermakna- Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan bahawa amalan politik tanpa berlandaskan prinsip-prinsip Islam adalah tidak memberi makna.

Malah jelasnya, sebarang tindakan untuk mengamalkan ideologi selain dari prinsip Islam hanya akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

“Amalan ideologi Barat tanpa merujuk kepada Islam akan memberi akibat yang buruk kepada rakyat dan negara,” kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa Kelantan hari ini memetik sumber Astro Awani.

Ujar Hadi lagi, Islam yang diturunkan untuk manusia adalah satu hidayah bagi menyelesaikan masalah-masalah duniawi malah Islam seharusnya diamalkan sebagai cara hidup, bukannya untuk diperlakukan sewenang-wenangnya.

“Hal-hal berkaitan ekonomi serta pendidikan juga akan menghadapi masalah jika tidak dilaksanakan menurut acuan yang telah ditetapkan menurut Islam.

“Islam mensyaratkan politik berkempimpinan jati diri, mampu menjadi penyelesaian semua masalah sama ada krisis politik, ekonomi ataupun hal-hal kemanusiaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");