Sukan Hari Ini

Portugal kena waspada

PEMAIN sayap Portugal, Nani menjangkakan perlawanan sengit apabila berdepan Poland aksi suku akhir Euro 2016 di Stadium Velodrome, awal pagi esok.

Nani menyifatkan kualiti yang dimiliki skuad kendalian Adam Nawalkan perlu diberikan perhatian setiap pemain jika mereka mahu layak ke pusingan seterusnya.

“Tiada pasukan pilihan untuk perlawanan ini. Kami menyedari Poland adalah pasukan yang kuat serta memiliki pemain yang berkualiti.

“Jadi, kita perlu menghasilkan aksi terbaik dan keyakinan diri yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Bagaimanapun Nani yakin kerjasama erat dalam pasukan akan menjadi aset kejayaan mereka pada pertembungan itu.

“Kami perlu menunjukkan kesepakatan yang kami semua mendayung ke arah yang sama.

“Saya boleh mengatakan dengan jelas bagi saya, ini adalah masa yang terbaik buat pasukan kebangsaan dengan kumpulan (pemain) yang kami miliki.

“Ini adalah satu daripada faktor yang membuktikan kami lebih kuat berbanding sebelum ini dan kami berada dalam keadaan yang baik untuk pergi sejauh yang mungkin,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");