Perak Hari Ini

PRK Kuala Kangsar : BN Guna Idea Kreatif & Media Baru

IPOH: Media baru dan pengaruh sosial media tidak dinafikan sebagai satu pengaruh cukup kuat kini dalam mendapatkan sokongan para pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kali ini.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui penggunaan media sosial adalah sangat penting dari segi sambungan kepada penyampaian berkempen.

“Kerana pengaruh sosial media cukup kuat dan adanya prasarana media baharu, akan digunakan oleh jentera BN kali ini.

“Ada pelbagai cara dan bukan bermakna Mastura langsung tidak boleh berjumpa orang cuma dia tidak boleh keluar dari rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, tidak turun berkempen kerana terikat dengan edah kematian suami seperti yang dibincangkan meluas seharusnya tidak diperbesarkan pembangkang.

Malah jelasnya isu ketidakhadiran calon ini merupakan sesuatu kelainan bagaimanapun bukannya sesuatu yang baru jika pembangkang mengikuti perkembangan politik.

“Tidak ada isu calon itu hadir atau tidak. Kita menghormati pandangan agama kerana Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan jawatankuasa yang membuat pilihan ini.

“Membuat keputusan melibatkan seorang perempuan yang kematian suaminya terlebih dahulu merujuk kepada mufti dan ahli agama untuk mengetahui kedudukan sama ada boleh bertanding ataupun tidak.

“Malah keputusan dibuat setelah mendapat kepastian berkenaannya dan sama sekali tidak mengambil keputusan sewenangnya,” katanya.

Tambahnya lagi, senario ini telah memberi dimensi baru untuk mempelajari mengenai edah dan memberi prespektif baru untuk mengggunakan kosep edah dalam PRK kali ini.

Jelas Zambry, ia juga memberi dimensi baru cara baru kepada BN Perak dalam mengadakan PRK tersebut kerana selama ini BN hanya dilingkungi dengan cara yang konvensional.

Tambahnya, kini BN didedahkan dengan satu keadaan yang memerlukan pendekatan yang kreatif dan inovatif bagaimana untuk mencapai sokongan.

“Konteks BN ia sesuatu yang baru kepada BN, melibatkan calon yang tidak boleh hadir semasa berkempen.

“Parti lain pernah mengalaminya tetapi bukan BN malah paling penting adalah dari segi kesatuan dikalangan ahli BN,” katanya.

Jelasnya, perkara utama kini adalah dokongan yang diberikan oleh ahli BN kepada calon, kerana calon itu berdiri untuk mewakili parti dan BN amnya.

“Ia memerlukan kreativiti dan juga dari segi nilai inovasi yang baru ia memerlukan kita memikirkan situasi ini untuk mengunapakai strategi baharu langkah baru,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");