Panasnya Hari Ini

PRK Kuala Kangsar: PAS Akui Calon BN Miliki Kekuatan Tersendiri

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi PRK Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad mengakui calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar memiliki kekuatannya tersendiri sekali gus parti itu  tidak melihat laluan mudah dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu, 18 Jun ini.

Ujarnya, hakikat Datin Mastura Yazid tidak dapat turun berkempen kerana memenuhi tuntutan agama, bukan bermakna segala-galanya akan menjadi lebih mudah bagi PAS.

“BN mempunyai jentera yang kuat dan pastinya menurunkan segala bantuan bagi mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan.

“Saya akui bukan senang untuk menang dengan cabaran yang perlu dilalui termasuk kemungkinan berlaku persaingan tiga penjuru, namun jentera PAS akan lakukan yang terbaik,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Kota Bharu Kelantan.

Dr Najihatussalehan yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, turut mengingatkan semua peringkat jentera parti itu supaya tidak menyentuh isu tempoh edah calon BN sepanjang proses berkempen bermula 5 Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");