Berita Hari Ini

Program liabiliti buat majikan lebih bertanggungjawab

JOHOR BAHRU – Kerajaan bercadang melaksanakan program? liabiliti dalam usaha memastikan majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pekerja warga asing, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur? Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, perbincangan sedang dijalankan antara agensi kerajaan dan? persatuan-persatuan perniagaan bagi mencapai kata sepakat berhubung langkah itu.

“Dengan pelaksanaan program itu, kita harapkan majikan akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pekerja asing dari mula mereka sampai sehingga mereka pulang ke negara masing-masing,” katanya kepada pemberita di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Beliau mengulas keengganan segelintir majikan yang masih gagal mendaftarkan pekerja asing tanpa izin (Pati) mereka dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula Pati sejak mula dilaksanakan 15 Februari lepas dan akan berakhir 31 Disember depan.

Nur Jazlan berkata kebajikan pekerja asing perlu dijaga dengan majikan perlu menyediakan perumahan yang baik dan insurans perubatan.

“Sebelum ini kebanyakan pekerja warga asing duduk di penempatan biasa dan segelintir mereka membawa penyakit berjangkit.

“Sekiranya ada perumahan yang lebih elok dan kesihatan lebih baik, ia dapat memastikan penyakit berjangkit tidak menular kepada masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata terdapat majikan hanya mahu meraih keuntungan tanpa mahu mengeluarkan kos yang lebih untuk menjaga kebajikan pekerja asing mereka.

Nur Jazlan turut berkata kawalan sempadan negara akan dipertingkatkan bagi mengawal kebanjiran Pati khususnya selepas musim perayaan Aidilfitri.

“Kebiasaannya, Pati yang pulang beraya di negara asal akan kembali semula ke Malaysia dengan membawa rakan taulan apabila mereka mengetahui kesenangan yang boleh diperolehi di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Nur Jazlan menyampaikan surat tawaran menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana kepada 85 keluarga sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");