Panasnya Hari Ini

Proton Yakin Preve Mampu Tembusi Pasaran Chile

KUALA LUMPUR:Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Andes Motor, sebuah anak syarikat Kaufmann Group, telah melancarkan Proton Preve bagi menembusi pasaran Chile.

Menerusi kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Proton yakin akan dapat mencapai matlamat jualan di sana kerana ia memasuki pasaran Chile menerusi Andes, yang juga merupakan sebuah syarikat terkemuka dalam pengedaran bas, kereta mewah dan trak.

“PROTON berhasrat untuk mencapai sasaran dengan menampilkan reka bentuk yang bergaya dan pelbagai ciri-ciri keselamatan aktif.

“Dengan kerjasama bersama Andes Motor, yang juga pengedar terkemuka di Chile bagi pengedaran bas, lori dan kereta mewah, ditambah pula dengan rangkaian pengedar yang luas dalam menyediakan jualan dan perkhidmatan, sebagai rakan kongsi  kami yakin Proton mampu menembusi pasaran Chile,” katanya lagi.

Sementara itu, CEO Andes Motor, Alexander Kohler A berkata, kerjasama itu diharap mampu mengukuhkan jenama kedua-dua syarikat dan membolehkan Andes Motor memasuki pasaran kereta penumpang, selain membantu Proton meneroka ke dalam pasaran yang besar.

“Kami teruja untuk menerima kereta Proton kembali di pasaran Chile sebagai eksport terakhir untuk negara ini adalah pada tahun 1998.

“Kami percaya perkongsian ini akan mengukuhkan kedua-dua jenama, membuka jalan bagi Andes Motor untuk memasuki pasaran kereta penumpang malah membolehkan PROTON untuk memanfaatkan potensi pasaran yang besar.

“Kemasukan Proton Prevé mewakili permulaan yang baik untuk kedua-dua syarikat,” katanya.

Ujarnya lagi, Andes Motor juga menantikan kemasukan model Proton Exora dan Proton Saga di Chile.

Selaras dengan permintaan pengguna, Proton Preve kali ini dilengkapi kaedah menukar gear secara langsung daripada kawalan padel penukaran di stereng

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");