Isu Panas

Puak PKR Berbalah Dalam WhatsApp

KLANG: Perbalahan besar kini berlaku antara dua puak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila masing-masing menyuarakan hujah menerusi aplikasi WhatsApp.

Satu kumpulan menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali manakala kumpulan lain terdiri daripada penyokong Setiausaha Agung, Rafizi Ramli sementara terdapat beberapa individu lain menyokong Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber PKR memberitahu “perbalahan” adalah berkisar mengenai dakwaan Rafizi berhubung permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Kumpulan pro-Azmin menuduh Rafizi sengaja mencari publisiti dengan dakwaan berkenaan kerana bimbang dengan kedudukannya dalam parti susulan pengaruh Azmin semakin kuat.

Bagaimanapun penyokong Rafizi berkata Ahli Parlimen Pandan itu hanya mahu membetulkan salah laku dalam parti dan mempersoalkan mengapa “beberapa orang tidak berpuas hati”.

Mengenai laporan Rafizi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, sumber itu berkata setiausaha agung parti lazimnya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan yang telah menemani Rafizi ke SPRM berkata setiausaha agung itu menyerahkan sampul surat dengan bukti kepada agensi itu.

“Ia adalah satu sampul surat putih yang ditutup dan orang-orang yang pergi bersamanya ke SPRM juga tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya,” kata Manivannan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");