Berita Hari Ini

Punca nahas helikopter giat dijalankan

SUNGAI BESAR – Pencarian dan siasatan berhubung punca berlakunya nahas helikopter Eurocopter AS350 di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas masih giat dijalankan.

Menteri ?Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai? berkata, ini kerana bangkai pesawat malang berkenaan dikhuatiri telah hilang dibawa arus yang terlalu kuat sepanjang tempoh pencarian sehingga hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha pencarian dipertingkatkan dari masa ke masa dengan menggunakan peralatan termoden termasuk alat pengesan sonar oleh agensi yang terlibat.

“Arus yang kuat menyulitkan misi pencarian bangkai pesawat itu namun saya telah mengarahkan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan agensi lain untuk mempertingkatkan usaha mengesannya,” katanya.

Tiong Lai menambah, beliau telah mengarahkan jabatan berkenaan mewujudkan pelan terperinci berhubung gerak kerja pencarian bangkai pesawat itu sehingga ia dapat ditemukan dalam masa terdekat.

Katanya, hanya dengan penemuan bangkai pesawat tersebut akan membantu mencari punca utama nahas helikopter itu.

Nahas itu mengorbankan lima mangsa termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan akan diadakan serentak pada 18 Jun ini.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");