Panasnya Hari Ini

Rakyat Masih Berharap – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat negara ini masih mengharapkan agar Majlis Raja-raja dapat menyelamatkan negara ini.

Ujarnya, walaupun tidak ada peruntukan untuk Raja-Raja campur tangan, namun terdapat cara dan kaedah untuk Raja-Raja menyelamatkan negara ini dari segala penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Negara ini mempunyai perlembagaan bertulis dan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan.

“Malangnya kita melihat Perlembagaan dan undang-undang negara diabaikan atau disalahgunakan,”katanya menerusi blog beliau, chedet.cc hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Presiden UMNO itu berkata, pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman kini tidak lagi dihormati.

“Perdana Menteri seolah-olah menggunakan kuasa terhadap ketiga-tiganya. Akibatnya, dia seolah-olah berada di atas undang-undang negara,”katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri diselubungi dengan pelbagai isu termasuklah syarikat pelaburan negara, 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang menjadi punca utama serangan Tun Mahathir terhadap Najib.

Berikutan itu, Tun Mahathir mengetuai Deklarasi Rakyat bersama-sama dengan bekas pemimpin kanan kerajaan dan beberapa pimpinan pembangkang dan NGO.

Deklarasi itu berjaya mengutip hampir 1.2 juta tandatangan dan akan diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bertujuan untuk menyingkirkan Najib dari Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");