Jenayah

Remaja hancur tiga jari akibat mercun bola

KOTA BHARU: Seorang re?maja hancur tiga jari akibat mercun bola yang dinyalakan meletup dalam kejadian di Bukit Panau di Tanah Merah di sini semalam.

Dalam kejadian jam? 3.30 petang, mangsa pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, Nik Rashidi Azman, 17, turut bersama adiknya Nik Ridwan Azman, 15, bermain mercun itu di perkarangan kediaman jiran yang tidak jauh dari rumah mereka.

Menurut ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, ketika kejadian dia sedang memasak untuk menyediakan juadah berbuka dan saya terkejut apabila Nik Ridwan memberitahu abangnya terkena mercun.

“Ridwan kata, akibat letupan mercun bola itu abangnya alami cedera di jari tengah, telunjuk dan manis sehingga nampak tulangnya.

“Saya mulanya tidak percaya, sehinggalah terima panggilan pihak Hospital Tanah Merah? mengatakan anak saya dihantar ke hospital oleh penduduk kampung dan dirawat di Hospital selepas terkena letupan mercun itu,”katanya.

Menurut Ungku Aznah, selepas terima panggilan dia ke hospital dan kemudian pihak HTM merujuk Nik Rashidi? ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut?.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");