Berita Hari Ini

RM1 juta bantu pesakit kronik seluruh negara

TUMPAT – Biro Kebajikan Umno menubuhkan Tabung Pesakit Kronik bagi membantu mengurangkan bebanan pesakit kronik terutamanya dalam kalangan keluarga miskin.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan sejumlah RM1 Juta bagi membantu pesakit kronik seluruh negara.

“Pelancaran tabung ini akan dilakukan dalam masa terdekat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin membantu. Cuma, kadang-kadang bila mereka ingin membantu tentu mereka mahu pastikan ia benar-benar sampai kepada sasaran,” katanya selepas lawatan ke rumah dua beradik Mohd Kamarul Haikal Mohd Asri, 13 dan Mohd Syakir, 12 yang mengidap Carebral Palsy di Kampung Berangan Hujung, semalam.

Shamsul berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Institut Jantung Negara serta Institut Kanser Negara dan pelbagai institusi kerajaan lain supaya memberi kemudahan kepada Biro Kebajikan Umno untuk membawa kes pesakit kronik ini.

“Kita juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat supaya dapat diwujudkan kolaborasi atau NBOS termasuk dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dikenal pasti.

“Kita harapkan rakyat Malaysia yang prihatin terutama mereka yang berkemampuan dapat menghulurkan bantuan meringankan bebanan mereka,” katanya.

Sementara itu dalam kunjungan ke rumah dua beradik berkenaan, Shamsul menyerahkan sumbangan wang tunai kepada keluarga terbabit.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");