Panasnya Hari Ini

RUU Abdul Hadi Tidak Islam, Tidak Adil -Tun M

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak Islam dan tidak adil.

“Saya masih kekal melihat RUU itu tidak Islam. Apa yang dibentangkan mereka adalah tidak Islam.

“Jika RUU itu Islamik, mereka tidak akan usulkan kerana Islam adalah adil. Dan mereka cuba untuk membuat sesuatu yang tidak adil.

“Potong tangan kepada orang Islam (atas kesalahan mencuri) dan beri hukuman penjara dua tahun pula kepada orang bukan Islam pada kesalahan yang sama. Ini tidak adil,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembentangan RUU itu ketika sidang media yang diadakan di Yayasan Al Bukhary Foundation, Taman Tasik Perdana, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu untuk meminda Akta 355 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sesi perbahasan RUU itu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen akan datang, atas permintaan Abdul Hadi.

Pada masa yang sama, Tun Mahathir juga tidak menolak RUU itu dibenarkan untuk dibentangkan di Parlimen kerana UMNO mahu mendapatkan sokongan PAS.

“Biasalah UMNO nak dapatkan sokongan daripada PAS, jadi mereka setuju dengan PAS. Ini kerana semasa saya menjadi perdana menteri, UMNO tak setuju,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");