Isu Panas

Salleh sokong tindakan disiplin terhadap trio

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyatakan sokongan penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir daripada parti atas kesalahan disiplin.

Musa yang juga Pengerusi Umno Sabah, dipetik sebagai berkata, Umno Sabah sebulat suara menyokong tindakan itu serta bersetuju

keputusan menggantung Datuk Seri Shafie Apdal atas sebab yang sama.

Salleh bersetuju dengan kenyataan Musa bahawa anggota terutama pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menghormati, berdisiplin dan mematuhi peraturan parti.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi perlembagaan parti. Jika pemimpin atau anggota menentang parti, tindakan yang sesuai harus diambil demi kepentingan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi dan universiti, anjuran Yayasan Sabah di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi. Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");