Sukan Hari Ini

Sarawak sudah sedia 100 peratus

Seremban: Sarawak sudah bersedia 100 peratus bagi menganjurkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 (SUKMA XVIII) yang akan berlangsung bulan depan.

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, persiapan itu termasuk penyediaan infrastruktur dan gelanggang sukan baharu serta kelengkapan teknikal yang membabitkan kos sebanyak RM400 juta.

“Ini kali kedua Sarawak jadi tuan rumah SUKMA dan kita sudah bersedia memikul tanggungjawab menganjurkan temasya berkenaan di mana kali ini akan membabitkan penyertaan 4,433 atlit serta 1,250 pegawai.

“Sebanyak 392 pingat emas ditawarkan daripada 24 acara yang dipertandingkan pada temasya itu nanti dan hanya tiga negeri iaitu Sarawak, Perak dan Selangor yang mengambil bahagian dalam semua acara,” katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat bersama Delegasi SUKMA xvIII ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan dan Timbalan Koordinator SUKMA XVIII, Abang Zainuddin Abang Abdul Rahman.

Sementara itu, Zaifulbahri berkata, kontinjen Negeri Sembilan sudah menetapkan sasaran menduduki sekurang-kurangnya tempat kelima keseluruhan temasya berkenaan.

“Kita berazam menduduki sekurang-kurangnya tempat kelima keseluruhan dan kontinjen Negeri Sembilan akan membabitkan 330 atlet yang akan menyertai 21 daripada 24 acara dipertandingkan.

“Tiga acara yang tidak sertai adalah basikal, bola tampar dan gimnastik,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");