Perak Hari Ini

Sasar 30,000 Pelajar Sertai Tuisyen Rakyat@KKLW

KUALA KANGSAR : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mensasarkan penyertaan seramai 30,000 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara menyertai Tuisyen Rakyat@KKLW pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program tuisyen tersebut turut disertai oleh agensi-agensi di bawah kementerian tersebut seperti Yayasan Pelajaran MARA (YPM), RISDA, FELCRA, KETENGAH, KEDA dan beberapa agensi lain.

Mengulas lanjut, program tuisyen tersebut adalah program tuisyen yang dianjurkan bagi pelajar-pelajar di luar bandar dan juga pelajar miskin.

PERAKTODAY3

“Kalau kita lihat pada hari ini, setiap sekolah mempunyai program untuk pelajar cemerlang supaya ranking sekolah dapat dinaikkan, tetapi bagi pelajar yang kurang cemerlang, mungkin mereka tidak terlibat dengan program-program khas ini.

“Setakat ini, kita memperuntukkan RM8 juta bagi semua agensi-agensi di bawah KKLW bagi program ini,”katanya ketika sidang media yang diadakan selepas majlis pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, pihaknya juga mensasarkan akan membuka 400 buah pusat tuisyen di seluruh negara di mana sekurang-kurangnya satu pusat tuisyen bagi setiap Parlimen.

PERAKTODAY4

Ismail Sabri turut berkata, antara subjek yang akan diberi ditawarkan kepada pelajar adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

“Mata pelajaran ini adalah subjek yang biasanya mempunyai masalah kepada pelajar atau pun ‘killer subject’ kepada pelajar.

“Modul pula akan kita selaraskan bagi semua matapelajaran manakala guru-guru pula kita akan ambil dari daerah dan mereka akan dibayar elaun,”ujarnya.

Katanya lagi, Tuisyen Rakyat@KKLW ini akan bermula secepat mungkin dan pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mengenalpasti lokasi untuk mengenalpasti lokasi tuisyen berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");