Sukan Hari Ini

Selamat tinggal Austria: Fuchs

Vienna: Ketua pasukan Austria, Christian Fuchs (gambar) mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa pada usia 30 tahun semalam, seminggu selepas pasukannya tersingkir di peringkat kumpulan Euro 2016.

Fuchs, yang membuat penampilan sulung ketika tumpas 1-4 kepada Croatia 10 tahun lalu, melakukan 78 penampilan, dengan menjaringkan satu gol ketika bertemu Greece pada 2010.

Austria, yang hanya beraksi di Euro sebagai tuan rumah bersama pada 2008 apabila mereka layak secara automatik, dilihat sebagai pasukan pencabar sebaik tiba di Perancis.

Mereka gagal memberikan persembahan terbaik dan tumpas kepada Hungary, seri tanpa jaringan bertemu Portugal dan kalah 1-2 kepada pasukan kerdil Iceland.

“Perlawanan bertemu Iceland adalah penampilan terakhir saya bersama skuad kebangsaan Austria. Saya bangga sepanjang menyarung jersi merah-putih-merah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan menjelang aksi kelayakan Piala Dunia.

“Saya bangga dengan pasukan kebangsaan, peningkatan prestasi sejak kebelakangan ini.” – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");