Sukan Hari Ini

Selfie bola gergasi

Kuala Lumpur: Hadiah lumayan TV LED 40” bakal menanti pemenang pada cabaran Selfie bersama bola gergasi Karnival Sorak Goool! yang akan berlangsung di NZ Curry House, Wangsa Maju malam ini.

Court Malaysia yang menaja hadiah utama itu dijangka turut memeriahkan lokasi keempat karnival itu selepas tiga lokasi sebelum ini mendapat sambutan hangat terutamanya kepada kaki bola di sekitar Lembah Klang.

Karnival anjuran bersama Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times itu sebelum ini berjaya menarik hampir 100 pengunjung di lokasi pertama di Syed Bistro Kelana Jaya sebelum jumlah itu bertambah di dua lokasi berikutnya di Rasta Taman Tun Dr Ismail dan Al Barkath Bukit Jalil dengan 300 pengunjung.

Selain menyaksikan aksi bola sepak bertaraf dunia, peminat juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti foosball, sepakan penalti, skil gelecek, permainan XBox selain cabaran bola sepak ‘freestyle’.

Tidak ketinggalan trivia bola sepak yang menguji sejauh mana pengetahuan peminat terhadap kejohanan Euro dan bintangnya.

Secara tidak langsung mereka bukan saja bergembira dengan aktiviti disediakan malah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Selain itu, peminat juga boleh memuat naik e-mag dan aplikasi mudah alih bagi menebus baucar makanan.

Pelakon drama Hello Mr Perfect! dan Playboy Itu Suami Aku, Ruhainies Farehah dijangka menghangatkan lagi suasana di NZ Curry House dengan Ruhainies akan menjadi pengacara jemputan malam ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");