Berita Hari Ini

Seluruh Malaysia ?baca al-Quran

SHAH ALAM – Satu fenomena bakal berlaku apabila seluruh Malaysia akan bersama-sama membaca al-Quran secara serentak selama satu jam melalui program #MalaysiaNgaji Perdana esok.

Program yang diaktifkan oleh Rumah Ngaji buat kali kedua itu, bermula pada jam 12 tengahari sehingga 1 petang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pengerusi Yayasan Warisan Umah Ikhlas, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, program tersebut bertujuan menjadikan aktiviti mengaji al-Quran sebagai budaya kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam di seluruh negara.

Beliau berkata, selain Rumah Ngaji dan perpustakaan negeri di seluruh negara, acara itu juga akan disertai umat Islam yang berada di Washington, Amerika Syarikat; Indonesia, Brunei, Singapura dan Makkah.

“Objektif program ini adalah untuk menjulang al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca al-Quran, memahami serta mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata, program di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini lebih tersusun dengan penyertaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dibarakan Sinar TV dan Astro Oasis.

“Cuba kita lihat corak kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat. Asas kehidupan baginda dan para sahabat adalah al-Quran.

“Kitab suci itu bukan setakat dibaca malah segala pengajaran dan perintah yang terdapat di dalamnya dilaksanakan dengan penuh taat,” katanya.

Beliau berkata, dalam khutbah terakhir Rasulullah SAW dalam haji wida, Baginda ada berpesan:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.”

Abdul Jalil berkata, #MalaysiaNgaji Perdana ingin mengajak umat Islam menghayati dan memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.

“Kita berharap #MalaysiaNgaji dapat membentuk ikatan hati untuk memartabatkan al-Quran dan kita mahu rakyat Malaysia membaca al-Quran walau di mana sahaja dengan penuh penghayatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi individu yang tidak boleh membaca al-Quran boleh memegang dan membaca terjemahan pun memadai pada peringkat permulaan asalkan ada kemahuan untuk membaca al-Quran.

Menurut Abdul Jalil, beliau menyasarkan sejuta orang khatam al-Quran dalam tempoh sejam di seluruh Malaysia dan menjadikan #MalaysiaNgaji Perdana sebagai program tahunan.

Umat Islam yang ingin menyertai program ini boleh rujuk lokasi-lokasi yang ditetapkan atau menubuhkan kumpulan sendiri dengan menjadikan #MalaysiaNgaji Perdana sebagai trending.

“Gambar-gambar mengaji itu boleh dimuat naik ke laman Instragram, Twitter atau Facebook masing-masing,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");