Panasnya Hari Ini

Sokong AMANAH Sama Seperti Sokong DAP

Foto : Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR : Sokongan pengundi kepada calon Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar diibaratkan memberi sokongan kepada DAP.

Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertembungan tiga penjuru pada kedua-dua PRK itu akan menjadi medan PAS untuk menentang DAP secara tidak langsung selepas perpecahan dua parti itu apabila terkuburnya Pakatan Rakyat.

“Kali ini (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar) tiga penjuru antara BN, PAS dan AMANAH yang ditaja DAP, sebab DAP kata sokong AMANAH.

“Sokong DAP sama macam sokong AMANAH,” ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mustafa berkata, pertembungan tiga penjuru tersebut akan menjadi ujian dan kayu pengukur kekuatan parti Islam berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Ini ujian untuk senario politik. Tidak apa, kita sudah biasa menghadapi pelbagai ujian dalam pilihan raya. Kita akan lihat bagaimana perjalanan itu,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan tindakan AMANAH meletakkan calon di kedua-dua PRK itu bertujuan untuk menentang PAS.

“UMNO itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan UMNO, 60 tahun lagi kita lawan UMNO,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan AMANAH yang meletakkan calon kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan yang dilihat sebagai sengaja menentang PAS meskipun sudah mengetahui kerusi itu secara tradisinya adalah milik PAS.

PRK Sungai Besar dan Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan pada 18 Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");