Jenayah

Stor nelayan rosak

KUANTAN – Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan Jumaat lalu turut merosakkan bumbung stor nelayan di Pangkalan Kampung Pantai Beserah.

Nelayan yang ditemui, Saharizan Sufian, 33, berkata, semasa kejadian kira-kira jam 4 petang, dia bersama nelayan yang lain sedang berehat di luar stor kerana hujan lebat.

Bagaimana pun katanya, mereka terdengar bunyi kuat dari dalam stor sebelum bergegas melihat keadaan sebenar.

“Apabila lihat ke dalam stor, sebahagian bumbung sudah tercabut diterbangkan angin.

“Sebelum ini tak pernah berlaku tapi ribut kuat baru-baru ini membuatkan stor rosak,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Kampung Pantai Beserah, semalam.

Saharizan berkata, stor itu merupakan tempat penyimpanan peralatan ke laut seperti enjin bot dan sebagainya.

Sementara itu, melalui Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Umno Bahagian Indera Mahkota, bantuan segera diberikan untuk membaiki kerosakan tersebut.

Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, stor nelayan itu perlu dibaiki segera bagi memudahkan kerja penyimpanan peralatan nelayan.

Katanya, terdapat kira-kira 60 nelayan yang menggunakan stor tersebut untuk menyimpan peralatan.

“Saya difahamkan kerja membaiki kerosakan akan dilakukan secara gotong-royong,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");