Jenayah

Suri rumah ditemukan mati dibunuh di Taiping

TAIPING – Seorang suri rumah ditemukan mati dalam keadaan diikat dengan tali tape di rumah kosong milik mangsa di Taman Kota Jaya, Simpang di sini hari ini.

Si mati ditemukan dalam keadaan terikat di kaki, tangan dan mulut oleh anggota keluarganya kira-kira pukul 4 petang tadi.

Anak perempuan mangsa, seorang pelajar sekolah, berkata dia menemui mayat ibunya di sebuah rumah sewa kosong berdekatan rumah mereka di kawasan perumahan itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 3 petang dan hasil siasatan mendapati terdapat kesan lebam dan pendarahan di bahagian kepala mangsa.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");