Panasnya Hari Ini

Syed Rosli Mohon Maaf Pada Mastura, Kesal Tindakan Keterlaluan

KUALA LUMPUR:Anggota Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman menyesali tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid berikutan kecewa dengan keputusan pemilihan Mastura sebagai calon BN dalam pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Jika diberi peluang, saya ingin memohon maaf berhubung kata-kata kesat saya terhadap beliau”katanya.

Syed Rosli berkata, beliau mengakui tindakannya itu keterlaluan dan dibuat dalam keadaan marah selepas pucuk pimpinan BN meletakkan Mastura sebagai calon.

“Saya memohon maaf kepada calon BN untuk Parlimen Kuala Kangsar terhadap apa yang telah berlaku. Saya kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya sedari bahawa tindakan itu dikuasai oleh perasaan marah dan amat kecewa terhadap apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Tambahnya lagi, beliau akan cuba menghubungi Mastura bagi menyatakan permohonan maaf terhadap dirinya dan keluarga.

“Setakat ini saya tiada nombor telefonnya. Saya faham dengan keadaannya ketika ini. Bila tiba masa yang sesuai, saya akan bersemuka dengannya untuk memohon maaf,” katanya.

Dalam pada itu Syed Rosli berkata, beliau tetap bertegas untuk bertanding di bawah tiket bebas kerana berasa kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

Jelasnya, tindakannya untuk bertanding adalah sebagai satu mesej bahawa tindakan meletakkan calon bukan anak jati Kuala Kangsar adalah satu kesilapan besar.

“Prinsip saya tetap sama. BN seharusnya memberi peluang kepada anak jati yang terpelajar dan mempunyai kepimpinan yang tinggi dalam BN mahupun pertubuhan bukan kerajaan.

“Penduduk di Kuala Kangsar juga tidak menyukai calon luar. Saya anak jati di sini dan jiwa saya memang untuk Kuala Kangsar,” katanya.

Tambahnya lagi, BN masih belum terlambat untuk bertindak menukar calon lain dalam memastikan parti itu terus mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");