Jenayah

Tangan patah tersepit mesin

Nilai: Pekerja kilang warga Nepal patah tangan kiri selepas tersepit pada mesin pembersih serbuk kilang susu formula di Kawasan Perindustrian Nilai di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun dikatakan sedang menggunakan mesin berkenaan sebelum tersepit dan rakannya yang menyedari kejadian memaklumkan kepada penyelia kilang.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.40 pagi dan sebuah jentera bersama 10 anggota ke lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa kurang setengah jam untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa diserahkan kepada Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) untuk rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");